Tujuh emas, tiga rekod SUKMA, Shannon buru emas kelapan

22 Ogos 2026, 12:01 PM
Tujuh emas, tiga rekod SUKMA, Shannon buru emas kelapan
Tujuh emas, tiga rekod SUKMA, Shannon buru emas kelapan
Tujuh emas, tiga rekod SUKMA, Shannon buru emas kelapan

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tujuh pingat emas dan tiga rekod Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi bukti kehebatan perenang sensasi Selangor, Shannon Tan Yang-Qing, yang kini memburu emas kelapan pada hari terakhir saingan renang, esok.

Perenang berusia 16 tahun itu tampil cemerlang di Pusat Akuatik Selangor dengan menjuarai tujuh acara iaitu 400 meter rampaian individu wanita, 200 meter rampaian individu wanita, 200 meter kuak kupu-kupu wanita, 100 meter kuak kupu-kupu wanita, 4x100 meter rampaian campuran, 4x100 meter gaya bebas wanita dan 4x200 meter gaya bebas wanita.

Lebih mengagumkan, Shannon turut memecahkan tiga rekod SUKMA sepanjang saingan kali ini, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara bintang paling menyerlah dalam temasya kali ini.

Terbaharu, Shannon membantu kuartet Selangor yang turut dibarisi Yoong Jia Jia, Chong Yuan Yi dan Eliza Tan Ai Shen menjuarai acara 4x200 meter gaya bebas wanita dengan catatan 8:36.12, sekali gus memecahkan rekod SUKMA bagi acara berkenaan.

Kini, Shannon hanya selangkah untuk melengkapkan koleksi lapan pingat emas apabila dijadualkan turun dalam acara 4x100 meter rampaian wanita, esok.

Emas kelapan bukan sekadar melengkapkan koleksi pingatnya, malah bakal menjadi penutup sempurna kepada kempen luar biasa Shannon pada SUKMA ke-22.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.