Emas 4x200 meter gaya bebas lelaki jadi milik Selangor

22 Ogos 2026, 10:56 AM
Emas 4x200 meter gaya bebas lelaki jadi milik Selangor

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kuartet renang Selangor meraih pingat emas acara 4x200 meter gaya bebas lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Gandingan Hermann Tang Bok Yu, Goh Li Hen, Aslan Adnan dan Goh Li Jie menampilkan aksi sengit dan dramatik sepanjang perlumbaan sebelum menamatkan saingan dengan catatan masa 7:39,77.

Persaingan berlangsung cukup sengit apabila kuartet Selangor dan Pulau Pinang saling mengejar sehingga dipisahkan hanya 0.37 saat pada penamat.

Pingat perak dimenangi kuartet Pulau Pinang dengan catatan masa 7:40,14, manakala Wilayah Persekutuan membawa pulang gangsa selepas mencatatkan masa 7:57,55.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.