Selangor pecah rekod SUKMA acara 4x200 meter gaya bebas wanita

22 Ogos 2026, 10:47 AM
Selangor pecah rekod SUKMA acara 4x200 meter gaya bebas wanita

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kuartet renang wanita Selangor mencetuskan sensasi apabila meraih pingat emas acara 4x200 meter gaya bebas wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor, kuartet tuan rumah yang dibarisi Yoong Jia Jia, Chong Yuan Yi, Shannon Tan Yang-Qing dan Eliza Tan Ai Shen mencatat masa 8:36.12, sekali gus memecahkan rekod lama SUKMA iaitu 8:40.80.

Pingat perak dimenangi kuartet Pulau Pinang dengan catatan 8:46.90, manakala Sarawak membawa pulang gangsa selepas mencatat masa 8:49.80.

Kejayaan itu menyaksikan Selangor bukan sahaja mengekalkan penguasaan dalam acara berkenaan, malah memperbaharui rekod kejohanan dengan catatan lebih pantas 4.68 saat daripada rekod terdahulu.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.