Goh Li Hen menang 100 meter kuak kupu-kupu lelaki, rangkul emas kedua peribadi

22 Ogos 2026, 9:42 AM
Goh Li Hen menang 100 meter kuak kupu-kupu lelaki, rangkul emas kedua peribadi
SHAH ALAM, 22 OGOS: Perenang Selangor, Goh Li Hen meneruskan kecemerlangannya apabila meraih pingat emas acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Goh Li Hen meraih emas kedua peribadinya pada temasya kali ini, selepas muncul juara acara 400 meter kuak kupu-kupu lelaki semalam.

Goh Li Hen menepati ramalan untuk mengungguli saingan final yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor dengan catatan masa 55,86 saat sekali gus menambah koleksi emas buat kontinjen Selangor.

Perenang Wilayah Persekutuan Muhammad Dhuha Zulfikry terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan masa 55,96 saat.

Sementera itu gangsa menjadi milik perenang Sarawak, Marthias Ming Zhi Liew dengan catatan masa 55,99 saat.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.