Shannon menang 100 meter kuak kupu-kupu wanita, raih emas ketujuh peribadi

22 Ogos 2026, 9:28 AM
Shannon menang 100 meter kuak kupu-kupu wanita, raih emas ketujuh peribadi
Shannon menang 100 meter kuak kupu-kupu wanita, raih emas ketujuh peribadi
Shannon menang 100 meter kuak kupu-kupu wanita, raih emas ketujuh peribadi

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perenang sensasi Selangor, Shannon Tan Yang-Qing terus mencetuskan sensasi apabila meraih pingat emas acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Shannon menepati ramalan untuk muncul juara sekali gus menghadiahkan emas ketujuh peribadinya pada temasya kali ini.

Shannon yang sebelum ini turut mencipta sensasi dengan meraih empat pingat emas serta memecahkan dua rekod SUKMA, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menguasai saingan final di Pusat Akuatik Selangor.

Beliau mencatatkan kepantasan 1:02,39s manakala pingat perak menjadi Yuet Ting Aw dari Pulau Pinang dengan catatan masa 1:02,98s. Pingat gangsa milik Nadia Lim dari Perak dengan catatan masa 1:03,36s.

Rakan sepasukan Shannon, Khor Yue Lynn turut beraksi dalam final menduduki tempat keempat.

Kejayaan Shannon itu terus mengukuhkan dominasi skuad renang Selangor yang tampil cemerlang di hadapan penyokong sendiri.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.