Aslan sumbang gangsa 400 meter gaya bebas lelaki

22 Ogos 2026, 9:23 AM
Aslan sumbang gangsa 400 meter gaya bebas lelaki

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perenang Selangor, Aslan Adnan, menyumbang pingat gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Aslan mencatat masa 4:08,96 saat untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dalam perlumbaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor.

Pingat emas menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan Muhammad Dhuha Zulfikry yang tampil dengan catatan terpantas 4:00,52 saat, manakala perenang Pulau Pinang Samuel Chong Weng Lai meraih perak dengan masa 4:06,45 saat.

Kejayaan Aslan itu sekali gus menambah koleksi pingat buat kontinjen Selangor dalam saingan renang SUKMA ke-22.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.