SUKMA 2026: Pengorbanan atlet Selangor demi 4 emas olahraga

22 Ogos 2026, 4:54 AM
SUKMA 2026: Pengorbanan atlet Selangor demi 4 emas olahraga
SUKMA 2026: Pengorbanan atlet Selangor demi 4 emas olahraga

SHAH ALAM, 22 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor terus menaruh keyakinan tinggi terhadap kebolehan dan semangat juang atlet muda negeri dalam memburu sasaran empat pingat emas menerusi acara olahraga pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Selaku Bapa Angkat Sukan Olahraga Selangor, Papparaidu Veraman menegaskan bahawa kejayaan datang daripada disiplin tinggi dan pengorbanan panjang para atlet.

“Di sebalik setiap kemenangan, tersimpan pengorbanan, disiplin, latihan yang panjang serta semangat tidak pernah mengenal erti menyerah.

“Segala usaha itu akhirnya dinatijahkan dengan kejayaan di gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Katanya, barisan atlet olahraga Selangor kini membawa sasaran empat pingat emas, sekali gus memerlukan fokus dan semangat yang tinggi bagi merealisasikan sasaran tersebut.

“Saya amat berbangga dan akan terus memberikan sokongan kepada para atlet kita yang menyasarkan empat pingat emas pada SUKMA XXII kali ini,” katanya.

Pada masa sama, Papparaidu turut menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Olahraga Selangor atas usaha dan komitmen berterusan dalam membimbing serta membuat persiapan bagi memastikan atlet negeri berada pada tahap terbaik.

“Teruskan berjuang! Buktikan bahawa anak-anak Selangor mampu melakar kejayaan di pentas SUKMA,” katanya.

Beliau amat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan atlet dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka sepanjang menghadapi saingan sukan ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.