SUKMA 2026: Uzlifatil, Ayu hadiahkan gangsa acara 3m papan anjal seirama

22 Ogos 2026, 4:37 AM
SUKMA 2026: Uzlifatil, Ayu hadiahkan gangsa acara 3m papan anjal seirama

SHAH ALAM, 22 OGOS: Selangor menambah pungutan pingat apabila meraih gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Akuatik Selangor, hari ini.

Gandingan Uzlifatil Jannah Ashraf dan Ayu Syuhaida Khairul mengumpul 209.01 mata untuk menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negeri.

Pingat emas dimenangi gandingan Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar dan Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin yang mengumpul 221.01 mata.

Pingat perak pula menjadi milik Wilayah Persekutuan menerusi gandingan Teng Hui Xue dan Lee Yiat Qing dengan catatan 217.56 mata.

Selangor dijadual meneruskan cabaran dalam beberapa lagi acara final yang berlangsung di Akuatik Selangor petang ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.