
SHAH ALAM, 22 OGOS: Tiga perenang Selangor mengesahkan tempat ke final acara 200 meter (m) kuak dada pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas melepasi aksi saringan di Akuatik Selangor, hari ini.
Dalam acara 200m kuak dada wanita, Khoo Sue Enn mencatat masa 2 minit 46.24 saat (s) untuk menduduki tempat keempat keseluruhan, manakala rakan sepasukannya, Ngan Kayler Kang Yi, berada di kedudukan keenam dengan catatan 2 minit 49.43s
Sementara itu, Liew Zeng Wye turut mara ke final acara 200m kuak dada lelaki selepas merekodkan masa 2 minit 44.12s pada saingan saringan pagi tadi.
Ketiga-tiga perenang itu dijadual beraksi dalam acara final yang berlangsung di Akuatik Selangor, petang ini.







