SUKMA 2026: Anwar, Amirudin luang masa tonton aksi muay thai

20 Ogos 2026, 10:42 AM
SUKMA 2026: Anwar, Amirudin luang masa tonton aksi muay thai
SUKMA 2026: Anwar, Amirudin luang masa tonton aksi muay thai
SUKMA 2026: Anwar, Amirudin luang masa tonton aksi muay thai

KLANG, 20 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa hampir dua jam menyaksikan perlawanan muay thai sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di KSL Esplanade Mall, hari ini.

Beliau yang diiringi EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi menyaksikan aksi antara wakil Selangor, Putra Abdullah Mahmoud dan atlet Terengganu, Jashan Al Balamurugeshwaran dalam kategori 60 kilogram (kg).

Bercakap kepada pemberita, Amirudin berkata beliau berpuas hati melihat kemeriahan di venue pertandingan SUKMA meskipun penganjuran temasya kali ini dilaksanakan dengan perbelanjaan lebih berhemah.

“Suasana venue sangat meriah. Walaupun perbelanjaan dikurangkan berbanding acara perasmian, saya dapati kehadiran penonton dan sukarelawan di venue begitu ramai.

“Terima kasih kepada sukarelawan yang sangat komited melaksanakan tugasan. Saya juga berbesar hati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 hingga 20 minit menonton perlawanan dan beramah mesra dengan atlet.

“Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh lagi suasana dan ‘vibe’ SUKMA kali ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri yang hadir ke sesi Temu Anwar dan perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di lokasi sama turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan serta beramah mesra dengan atlet muay thai.

SUKMA Selangor 2026 berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 10 September.

Sebanyak 474 acara daripada 37 jenis sukan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 venue, manakala Para SUKMA membabitkan 10 jenis sukan dengan 316 acara di daerah Petaling dan Klang.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.