SUKMA 2026: Gandingan Uzlifatil, Muhammad Aeriel raih gangsa 3m papan anjal seirama campuran

20 Ogos 2026, 4:42 AM
SUKMA 2026: Gandingan Uzlifatil, Muhammad Aeriel raih gangsa 3m papan anjal seirama campuran

SHAH ALAM, 20 OGOS: Atlet terjun Selangor, Uzlifatil Jannah Ashraf dan Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah meraih pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Gandingan dua atlet berusia 14 dan 17 tahun berkenaan mengumpul 216.36 mata untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.

Atlet tersebut ketinggalan 18.96 mata daripada Sarawak yang menduduki tempat pertama dengan 235.32 mata.

Kejayaan tersebut menyaksikan Uzlifatil Jannah dan Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah menyumbang satu lagi pingat kepada kontinjen tuan rumah menerusi acara terjun.

Kejayaan itu turut memberi suntikan semangat kepada kontinjen Selangor dalam meneruskan buruan pingat pada SUKMA 2026.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.