Teladani semangat juang skuad bola sepak wanita buru lebih banyak pingat - EXCO

20 Ogos 2026, 12:30 AM
Teladani semangat juang skuad bola sepak wanita buru lebih banyak pingat - EXCO
Teladani semangat juang skuad bola sepak wanita buru lebih banyak pingat - EXCO
Teladani semangat juang skuad bola sepak wanita buru lebih banyak pingat - EXCO

SELAYANG, 20 OGOS: Semangat juang dipamerkan skuad bola sepak wanita Selangor ketika menewaskan Sabah pada final Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 perlu dijadikan contoh oleh atlet lain dalam usaha membantu kontinjen negeri menambah koleksi pingat emas.

EXCO Pembangunan Wanita, Anfaal Saari berkata beliau bangga melihat anak didik Osmera Omaro kekal tenang merancang strategi dan berjuang sehingga wisel penamat untuk memastikan kemenangan.

Katanya, meskipun Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa pertama, pemain tidak terburu-buru sebaliknya bijak mengurus tenaga sebelum menambah jaringan pada babak kedua.

“Walaupun pada separuh masa pertama sudah mendahului 1-0, namun mereka menyimpan tenaga untuk terus memburu jaringan. Separuh masa kedua dapat lagi gol kedua.

“Ini semangat juang atlet wanita kita, sekali gus menjadikan Selangor di kedudukan teratas dengan 31 pingat emas setakat ini, mendahului negeri-negeri lain.

“Selaku tuan rumah, perasaan ini sangat luar biasa dan saya harap semua atlet wanita terus berjuang dan menyumbang pingat supaya Selangor menjadi juara keseluruhan temasya kali ini,” katanya kepada Media Selangor.

EXCO Pembangunan Wanita, Anfaal Saari mengucapkan tahniah kepada pasukan Selangor setelah mengalahkan pasukan Sabah dalam perlawanan akhir bola sepak wanita  SUKMA 2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 19 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau ditemui selepas menyaksikan final bola sepak wanita SUKMA 2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Anfaal berkata pentadbiran negeri turut komited memperkasakan wanita secara inklusif dengan menyediakan sokongan dan peluang dalam pelbagai bidang, bukan hanya tertumpu kepada sukan.

“Kita mahu perkasakan wanita secara inklusif. Bukan sekadar menetapkan dasar tetapi turut berusaha menyediakan pelbagai bantuan,” katanya.

Dalam aksi final itu, kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah bersorak apabila penyerang Tegen Su Yin Butler memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-42.

Sabah yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan tidak mengalah dan terus mengasak kubu Selangor pada awal babak kedua.

Bagaimanapun, Selangor kekal tenang sebelum Su Yin Butler sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya untuk meledak gol kedua pada minit ke-67.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.