Google ganti semula penggunaan air 120 peratus untuk pusat data

21 Ogos 2026, 1:00 AM
Google ganti semula penggunaan air 120 peratus untuk pusat data
Google ganti semula penggunaan air 120 peratus untuk pusat data
Google ganti semula penggunaan air 120 peratus untuk pusat data

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Google akan menjalankan kerja pemulihan semula air termasuk menggantikan semula air yang digunakan pusat data sebanyak 120 peratus menjelang tahun 2030.

Prinsipal Infrastruktur Global Google Asia Pasifik, Ken Siah menjelaskan projek tersebut merangkumi kerja pemulihan Tasik Taman Aman di Seksyen 22, Petaling Jaya.

Beliau berkata strategi air Google berteras kepada peningkatan kecekapan di pusat data di samping melabur dalam projek yang berupaya memulihkan sumber air.

“Bagi setiap air yang hilang melalui proses penyejatan, kami komited untuk menggantikan semula 120 peratus daripada jumlah air tersebut menjelang 2030.

Temuramah bersama Principal (Pegawai/Pakar Utama), Infrastruktur Global, Asia Pasifik, Google Ken Siah di Pejabat Google Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

“Bagi setiap titis yang diambil daripada sumber atau kawasan tadahan air, kami akan gantikan semula berserta tambahan 20 peratus lagi,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut Siah, Google telah memulakan projek pemulihan semula air pertama melalui kerjasama dengan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Pusat data kami belum beroperasi di Malaysia lagi, jadi secara jelasnya kami belum menggunakan banyak air. Namun, kami telah memulakan projek pertama.

“Ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Alam Sekitar Global dan MBPJ untuk membantu memulihkan Tasik Taman Aman di Petaling Jaya yang telah kami umumkan pada 2024,” katanya.

Projek berkenaan bertujuan menangani masalah pertumbuhan alga (algae bloom) yang menjejaskan tasik berkenaan, di samping meningkatkan kuantiti air.

“Projek ini untuk mengatasi masalah pembiakan alga di Tasik Taman Aman yang menyebabkan air keruh. Jadi, kami selesaikan isu itu melalui penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

“Kami juga mengusahakan langkah bagi memastikan lebih banyak air me-ngalir masuk ke Tasik Taman Aman, sekali gus meningkatkan paras air tasik itu,” kata Siah.

Projek tersebut giat dijalankan dan menjadi perintis kepada beberapa lagi inisiatif pemulihan semula air seiring pengembangan operasi Google.

“Apabila skala pusat data kami bertambah besar, kami tentu akan mencari lebih banyak projek pemulihan semula air.

“Tambahan air yang terhasil daripada projek ini akan dikira sebagai jumlah air yang kami ganti semula berbanding penggunaan air di pusat data kami,” katanya.

Siah juga menegaskan inisiatif itu di-buat atas ukuran saintifik, bukannya sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata dengan menilai peningkatan volum air dari setiap projek.

Beliau menjelaskan air untuk sistem penyejukan di pusat data Google tidak diubah secara kimia ekoran mereka menggunakan sistem penyejukan berasaskan penyejatan.

“Air masuk untuk menyejukkan pelayan (server), sebahagian daripadanya tersejat dan kembali ke kitaran air semula jadi. Ia kembali semula.

“Seperti yang kita tahu, ia akhirnya akan turun semula sebagai hujan dan kami akan menambah air mengikut keperluan untuk meneruskan proses penyejukan,” katanya sambil menambah air dari sistem penyejukan dikitar semula beberapa kali sebelum dilepaskan.

Ruang dalaman pusat data Microsoft di Malaysia. - Gambar MICROSOFT MALAYSIA

Musim Kemarau

Ditanya langkah semasa musim kemarau di negeri ini, Siah berkata penilaian risiko air mengambil kira faktor cuaca ke-ring berpanjangan berdasarkan data sejarah selama 100 tahun.

“Penilaian risiko air kami sebenarnya mengambil kira data air sehingga 100 tahun. Ia amat berhati-hati apabila meramal sama ada wujud situasi iaitu kami mungkin tidak dapat menggunakan air di Selangor,” katanya.

Beliau menjelaskan Google juga ada prosedur kecemasan jika berlaku krisis kekurangan air luar jangkaan bagi memastikan proses penyejukan air dapat dijalankan.

“Ini merangkumi langkah seperti membawa masuk air daripada sumber luar. Kami sudah mempunyai tetapan perjanjian bagi memastikan operasi pusat data tidak terjejas,” kata Siah.

Mengenai penggunaan tenaga elektrik pula, beliau menegaskan Google akan membayarnya secara penuh bagi kegunaan pusat data dan menampung pembiayaan infrastruktur bagi menyokong keperluan, termasuk talian penghantaran (transmission lines).

“Kami tidak mahu pusat data ini mengakibatkan bil elektrik yang lebih tinggi kepada masyarakat setempat atau pengguna tempatan,” kata Siah.

Google juga berhasrat mengukuhkan grid elektrik dengan menyokong pembangunan tenaga bersih baharu untuk mencapai tenaga bebas karbon 24/7 menjelang tahun 2030.

Di Malaysia, Google menandatangani perjanjian pembelian kuasa solar de-ngan konsortium yang diterajui Shizen dan TotalEnergies selain turut melibatkan syarikat tempatan untuk menyalur 50 megawatt tenaga bersih baharu ke dalam grid.

“Sebaik sahaja operasi bermula dan skala pusat data berkembang, kami te-rus menjalin lebih banyak kerjasama di Malaysia bagi membolehkan lebih ba-nyak tenaga bersih dibina untuk grid,” katanya.

Google turut memberi keutamaan kepada aspek kecekapan iaitu pusat data globalnya mencatat purata kecekapan penggunaan kuasa (PUE) pada kadar 1.08 manakala pusat data di Singapura 1.12.

Sistem penyejuk pusat data. GRAFIK AZWA MALEK

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.