Gandingan Selangor terlepas podium 10m platform seirama wanita

19 Ogos 2026, 8:32 AM
Gandingan Selangor terlepas podium 10m platform seirama wanita

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor terlepas peluang meraih pingat dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Gandingan Ayu Syuhaida Khairul dan Uzlifatil Jannah Ashraf mengumpul 211.98 mata untuk menamatkan saingan di luar kelompok tiga terbaik.

Gandingan tuan rumah itu ketinggalan 47.76 mata daripada pasangan Pahang yang meraih pingat gangsa.

Atlet Selangor terjun wanita Selangor, Ayu Syuhaida Khairul (kanan) dan Uzlifatil Jannah Ashraf (kiri) ketika acara terjun 10 meter platform seirama di Pusat Akuatik, Shah Alam pada 19 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Bagaimanapun, Selangor sebelum ini berjaya meraih pingat perak menerusi Muhammad Haris Mohd Rezal dalam acara terjun tiga meter papan anjal lelaki.

Muhammad Haris mengumpul 387.45 mata, hanya ketinggalan 4.40 mata daripada pemenang pingat emas yang juga merupakan penerjun kebangsaan.

Pencapaian itu menyumbang satu lagi pingat buat kontinjen Selangor dalam acara terjun pada temasya SUKMA kali ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.