SUKMA 2026: Dua penembak wanita Selangor mara final 25m Pistol

19 Ogos 2026, 4:37 AM
SUKMA 2026: Dua penembak wanita Selangor mara final 25m Pistol

SUBANG, 19 OGOS: Dua penembak wanita Selangor, Halina Izreen Hasli Izwa dan Lim Kyllie melangkah ke final acara 25 meter Pistol Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas masing-masing menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik pusingan kelayakan di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, hari ini.

Kejayaan itu membuka peluang buat kedua-dua wakil Selangor berkenaan untuk memburu pingat dalam acara yang dijadualkan berlangsung pada 1.15 tengah hari ini.

Halina dan Lim akan meneruskan cabaran Selangor dalam saingan final bersama enam penembak lain yang turut layak selepas melepasi pusingan kelayakan.

Seorang lagi wakil Selangor, Soo Sher Qi bagaimanapun tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat final.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.