Kontinjen Selangor meneruskan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan kutipan keseluruhan 115 pingat, terdiri daripada 43 pingat emas, 42 pingat perak dan 30 pingat gangsa, setakat hari ini.
Selangor selaku tuan rumah terus mengungguli pungutan pingat dengan 43 pingat emas, 42 pingat perak dan 30 pingat gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta kutipan pingat.
Saingan SUKMA Selangor 2026 masih berlangsung dan kontinjen Selangor dijangka terus menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini.
Petarung Selangor Putra Abdullah Mahmoud berjaya menewaskan pencabar dari Terengganu Jashan Al Balamurugeshwaran dalam acara Muay Thai kategori 60 kilogram SUKMA Selangor 2026 di KSL Esplanade Mall, Klang pada 20 Ogos 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari meluangkan masa menyaksikan perlawanan Muay Thai kategori 60 kilogram antara petarung Selangor Putra Abdullah Mahmoud dan wakil Terengganu Jashan Al Balamurugeshwaran sempena SUKMA Selangor 2026 di KSL Esplanade Mall, Klang pada 20 Ogos 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Pasukan Golf Lelaki Selangor memenangi pingat emas dan wanita memenangi pingat Perak kejohanan SUKMA Selangor 2026 di Glenmarie Golf & Country Club pada 20 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pemain Golf Lelaki Selangor Rizq Adam Rohizam ketika beraksi dalam kejohanan SUKMA Selangor 2026 di Glenmarie Golf & Country Club pada 20 Ogos 2026.
Aksi atlet Selangor dalam acara lawan pedang SUKMA Selangor 2026 di Dewan Pusat Sukan UiTM, Shah Alam pada 20 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR
Aksi atlet Selangor dalam acara lawan pedang sabre wanita individu pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Dewan Pusat Sukan UiTM, Shah Alam pada 20 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Goh Zong Xuan beraksi dalam acara wushu nangun lelaki akhir SUKMA Selangor 2026 pada saingan Sukan Selangor 2026 di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 20 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Lim Qi En beraksi dalam acara wushu changquan wanita akhir SUKMA Selangor 2026 pada saingan Sukan Selangor 2026 di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 20 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Atley Selangor beraksi dalam acara akhir lompat kijang pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Atley Selangor ketika acara renjam lembing akhir pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor ketika acara lempar camera akhir pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor (empat, kanan) ketika berasksi dalam acara 5000 meter wanita dalam kejohanan SUKMA Selangor 2026 di Stadium UPM Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor menangi Perak dalam acara 5000 meter wanita pada temasya SUKMA Selngor 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Exco Sumber Manusia V Paparaidu bersama penyokong Selangor ketika menyaksikan kejohanan SUKMA Selangor 2026 di Stadium UPM, Serdang pada 20 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Eliza Tan Ai Shen memenangi Emas dalam acara 100 Meter Gaya Bebas Wanita dengan catatan masa 56.78 pada SUKMA Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam pada 20 Ogos 2026. Foto BERNAMA
Pasukan Selangor meraikan kejayaan selepas merangkul pingat emas dalam aksi final acara badminton berpasukan wanita SUKMA Selangor 2026 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 20 Ogos. 2026. Foto BERNAMA
Atlet memanah Afya Najiha Mohd Shaari ketika beraksi dalam acara Recurve Perseorangan Wanita Perlawanan Pingat Emas SUKMA Selangor 2026 di Stadium Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 20 Ogos 2026. Foto BERNAMA
Atlet Selangor ElizaTan Ai Shen, Shannon Tan Yang -Qing, Cayden Gooi dan Daniel Scott Williams meraih pingat emas acara4x100 meter rampaian berganti-ganti campuran di Pusat Akuatik Selangor pada 20 Ogos 2026. Foto NADHIRAH FATTAH/MEDIA SELANGOR