Polo air lelaki: Selangor raih perak, tewas kepada Sarawak 6-9

17 Ogos 2026, 6:39 AM
Polo air lelaki: Selangor raih perak, tewas kepada Sarawak 6-9

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pasukan polo air lelaki Selangor meraih pingat perak selepas tewas 6-9 kepada Sarawak dalam aksi final acara polo air lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 ke-22 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Skuad kendalian Ko Hyang Kwuaon berdepan saingan sengit apabila Selangor terlebih dahulu mendahului 2-1 pada suku pertama sebelum Sarawak bangkit pada suku kedua dengan kedudukan 3-2.

Sarawak kemudian melebarkan jurang kepada 5-4 pada suku ketiga, namun Selangor terus memberikan tentangan sehingga penghujung perlawanan sebelum Sarawak mengesahkan kemenangan 9-6.

Selangor kekal fokus dan terus berjuang sehingga wisel penamat namun nasib tidak menyebelahi pasukan tersebut sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.