Boling: Selangor menang perak acara perseorangan wanita

17 Ogos 2026, 6:19 AM
Boling: Selangor menang perak acara perseorangan wanita
Boling: Selangor menang perak acara perseorangan wanita
Boling: Selangor menang perak acara perseorangan wanita

SUBANG, 17 OGOS: Adania Mohd Redzwan menghadiahkan pingat perak kepada Selangor dalam acara perseorangan wanita tenpin boling pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Beraksi dalam enam set, Adania memulakan permainan dengan agak kurang meyakinkan sekali gus menyaksikan kedudukannya pada awal saingan tidak memihak kepadanya.

Bagaimanapun, pemain tuan rumah itu tidak mudah mengalah apabila cuba bangkit pada set-set berikutnya, terutama pada set terakhir dalam usaha memburu kedudukan teratas.

Usaha tersebut bagaimanapun belum cukup untuk mencabar pingat emas apabila Adania terpaksa berpuas hati dengan kutipan 1,306 jatuhan pin untuk meraih pingat perak, ketinggalan 38 pin daripada pemenang emas.

Aksi dramatik di gelanggang boling Mega Lanes Sunway itu menyaksikan Perlis mencipta kejutan apabila dua wakilnya berada dalam kelompok tiga terbaik.

Nurul Aisyah Salleh meraih pingat emas, manakala Nur Alya Qaisara Noor Fazemil dengan 1287 jatuhan pin membawa pulang gangsa.

Kejayaan Nurul Aisyah turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Perlis memenangi pingat emas dalam acara tenpin boling di pentas SUKMA.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.