Memanah: Nur Alyaa Nazurah catat rekod peribadi terbaik, buru emas acara campuran

17 Ogos 2026, 5:55 AM
Memanah: Nur Alyaa Nazurah catat rekod peribadi terbaik, buru emas acara campuran
Memanah: Nur Alyaa Nazurah catat rekod peribadi terbaik, buru emas acara campuran

KAJANG, 17 OGOS: Atlet memanah Selangor, Nur Alyaa Nazurah Fadzil Fairuz, tetap berpuas hati meskipun terlepas podium selepas menamatkan saingan di tempat keenam dalam pusingan kelayakan Compound Wanita 50 meter (m) pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Stadium INSPEN, di sini, pagi tadi.

Nur Alyaa mengumpul 676 mata, sekali gus mencatat rekod peribadi terbaik dan hanya dipisahkan empat mata daripada kedudukan ketiga.

“Saya tetap berpuas hati kerana walaupun tidak dapat podium, saya dapat mencatat rekod terbaik peribadi.

“Selepas ini saya menyasarkan emas selepas layak beraksi dalam kategori campuran,” katanya kepada Media Selangor.

Atlet Sabah, Catherine Looi Mei Qi, muncul juara kelayakan Compound Wanita 50m selepas mengumpul 683 mata.

Sementara itu, atlet Perak, Puteri Qaira Qistina Hairol Supfian, meraih pingat perak dan atlet Kelantan, Nur Auni Wafiy, membawa pulang gangsa.

Bagi saingan kelayakan Compound Lelaki 50m pula dimenangi atlet Terengganu, Muhammad Akmal Danial dan di tempat kedua, juga dari Terengganu, Muhammad Aiman Syafiq, manakala atlet Perak, Abdul Hanan Abdul Basir meriah gangsa.

Perhatian kini beralih kepada acara campuran, dengan Nur Alyaa menyasarkan peluang untuk menebus kekecewaan dalam acara individu menerusi pemburuan pingat emas.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.