
PUCHONG, 16 OGOS: Selangor berjaya menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan B sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Arena MBSJ, Puchong, hari ini.
Selangor yang bermula dengan langkah positif apabila regu pertama menewaskan Sarawak 2-0, sekali gus memberikan kelebihan awal kepada pasukan tuan rumah dalam pertemuan berkenaan.
Momentum kemenangan itu terus dikekalkan apabila dalam regu kedua yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak bagi membolehkan Selangor mendahului 2-0 secara keseluruhan.
Regu ketiga kemudian melengkapkan kemenangan bagi Selangor apabila sekali lagi menundukkan Sarawak 2-0, sekali gus memastikan skuad tuan rumah menyapu bersih kesemua tiga regu.
Keputusan berkenaan menyaksikan skuad tuan rumah tampil konsisten sepanjang perlawanan apabila ketiga-tiga regu berjaya mengekalkan rekod kemenangan.
Selangor bakal meneruskan saingan pusingan awal Kumpulan B dengan berdepan Sabah di Arena MBSJ, Puchong, hari ini.
Orang ramai yang ingin menyaksikan acara sepak takraw boleh mencari lokasi ‘Arena MBSJ Puchong’ menerusi di aplikasi Waze atau Google Maps.








