SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat

15 Ogos 2026, 3:08 PM
SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat
SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat
SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat
SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat
SUKMA 2026: Tirai bermula, pentas atlet muda ketengah bakat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini menjadi saksi kehangatan semangat kesukanan apabila Sukan Malaysia (SUKMA) serta Para SUKMA Selangor 2026 membuka tirainya secara rasmi.

Majlis diterajui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu, disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkenan menyampaikan lafaz perasmian.

Kontinjen Selangor tampil bersemangat sewaktu acara perbarisan sempena Majlis Pelancaran SUKMA Selangor memeriahkan malam perasmian di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kemeriahan acara bermula dengan persembahan pembukaan dan perarakan 15 kontinjen negeri serta Brunei, yang didahului kibaran Jalur Gemilang oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

Majlis diteruskan dengan sembah ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan temasya.

Dalam sembah ucapannya, Amirudin turut menegaskan komitmen negeri dalam memperkasa pembangunan sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyantuni rakyat yang hadir pada Majlis Perasmian SUKMA Selangor 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Tengku Amir Shah seterusnya berkenan menyampaikan lafaz perasmian SUKMA dan Para SUKMA 2026 menandakan rasminya kepulangan temasya dwitahunan itu ke Selangor selepas 28 tahun, kembali menjadi tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkannya pada 1998.

Suasana terus diserikan dengan persembahan khas yang menggabungkan elemen seni, budaya, muzik dan teknologi, diikuti upacara menaikkan bendera SUKMA 2026 sebagai simbol semangat kesukanan dan perpaduan seluruh negara.

Majlis turut menyaksikan lafaz ikrar kejohanan oleh wakil atlet Muhammad Aiman Syahin Sulaiman (atlet tenpin boling remaja kebangsaan) sebelum diteruskan dengan persembahan khas kedua yang menggambarkan perjalanan serta aspirasi atlet dalam memburu kejayaan.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Selangor memberikan tepukan semangat buat para peserta dan kontinjen yang bertanding. Foto FIKRY YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kemuncak majlis menyaksikan nyalaan obor SUKMA dan Para SUKMA 2026, simbolik semangat juang dan pengorbanan para atlet.

Mempertandingkan 468 acara daripada 37 jenis sukan, temasya ini terus menjadi medan mencungkil dan melahirkan bakat muda ke peringkat antarabangsa.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.