SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor

15 Ogos 2026, 3:24 AM
SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor
SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor
SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor
SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor
SUKMA 2026: Disiplin kunci kejayaan atlet silat seni Selangor

BANGI, 15 OGOS: Rutin bunga yang menarik semata-mata tidak menjamin kejayaan atlet silat seni tanpa disiplin tinggi untuk memberikan persembahan terbaik di dalam gelanggang.

Ketua Jurulatih Silat Seni Selangor Habizan Othman berkata disiplin merupakan antara asas terpenting yang perlu diterapkan dalam diri setiap atlet selain penguasaan kemahiran dan teknik.

Menurutnya, pembentukan disiplin bermula sebelum atlet memasuki gelanggang dan bukan hanya ketika menjalani latihan atau menyertai pertandingan.

“Di tempat latihan, saya melatih mereka disiplin dari awal iaitu sebelum memasuki gelanggang lagi dengan memastikan sepatu berada dalam keadaan tersusun.

“Ini adalah latihan disiplin asas yang diterapkan. Selepas itu barulah kita memulakan latihan dengan memantapkan teknik dan disiplin asas tadi dapat membantu mereka melaksanakan tugas dengan baik,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata, penerapan disiplin secara konsisten bukan sahaja membantu membentuk atlet yang lebih bertanggungjawab, malah menjadi asas kepada penguasaan teknik serta persembahan yang berkualiti.

Katanya, setiap atlet perlu memahami bahawa disiplin adalah sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan, selain kemahiran dan teknik yang dimiliki.

Dalam perkembangan sama, skuad Silat Seni Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas menerusi acara Regu Putera pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selain itu, acara individu turut dilihat berpotensi menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Selangor dalam usaha menambah koleksi pingat negeri.

Saingan Silat Seni hari kedua diteruskan di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan acara suku akhir Ganda Putera dan Regu Putera bagi menentukan pasukan yang bakal mara ke peringkat separuh akhir.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.