SUKMA 2026: Nur Sufia juara judo bawah 44kg, tambah koleksi emas Selangor

14 Ogos 2026, 12:26 PM
SUKMA 2026: Nur Sufia juara judo bawah 44kg, tambah koleksi emas Selangor

SHAH ALAM, 14 OGOS: Atlet judo wanita Selangor, Nur Sufia Arisha Mohamed Rasidi merangkul pingat emas kategori bawah 44 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas menewaskan wakil Terengganu, Nur Fasha Zazali di IDCC Shah Alam, hari ini.

Nur Sufia Arisha menampilkan aksi cemerlang dan tangkas dalam pertarungan akhir dengan merekodkan satu Ippon, satu Waza-ari dan dua Yuko untuk mengatasi lawannya.

Pertarungan berlangsung selama 2 minit 58 saat sebelum Nur Sufia Arisha mengesahkan kemenangan sekali gus dinobatkan sebagai juara kategori berkenaan.

Kemenangan itu menyaksikan Nur Sufia Arisha menyumbang satu lagi pingat emas buat Selangor, sekali gus menambah koleksi kontinjen tuan rumah kepada empat emas dan tiga perak.

Pingat emas berkenaan melengkapkan aksi cemerlang Nur Sufia Arisha dalam kategori bawah 44kg selepas menampilkan prestasi konsisten sepanjang saingan hingga ke pentas akhir.

Kejayaan itu turut memberi suntikan semangat kepada kontinjen Selangor dalam meneruskan buruan pingat pada SUKMA 2026.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.