Media Selangor perkasa liputan SUKMA menerusi kerjasama Futuromic

13 Ogos 2026, 12:58 PM
Media Selangor perkasa liputan SUKMA menerusi kerjasama Futuromic
Media Selangor perkasa liputan SUKMA menerusi kerjasama Futuromic
Media Selangor perkasa liputan SUKMA menerusi kerjasama Futuromic

PETALING JAYA, 13 OGOS: Media Selangor memperkasa persiapan liputan visual Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 menerusi kerjasama strategik dengan Futuromic yang menyediakan peralatan fotografi dan video untuk kegunaan jurufoto sepanjang temasya berkenaan.

Kerjasama itu membolehkan jurufoto Media Selangor menggunakan peralatan termasuk kamera dan lensa yang disesuaikan dengan keperluan fotografi sukan, khususnya bagi merakam aksi sepanjang temasya dari 15 hingga 24 Ogos ini.

Pengurus Operasi Futuromic, Lim Thian Leong berkata, penyediaan peralatan berkenaan memberi peluang kepada jurufoto Media Selangor merasai sendiri keupayaan teknologi fotografi yang digunakan secara meluas dalam bidang fotografi sukan.

Pengurus Jualan Korporat Futuromic Lim Thian Leong. Foto AMNI HARITH BADRUL HISYAM/MEDIA SELANGOR  

“Kerjasama ini adalah bagi memastikan jurufoto merasai peralatan yang terbaik sepanjang SUKMA berjalan, sekali gus memberi pengalaman terhadap kualiti dan keupayaan peralatan-peralatan tersebut.

“Ciri yang ditawarkan oleh peralatan tersebut amat bersesuaian dan bertepatan seiring dengan reputasinya yang sering digunakan di dalam bidang fotografi sukan,” katanya ketika ditemui Media Selangor di pejabat Futuromic, Kota Damansara di sini hari ini.

Menurutnya, akses kepada peralatan berkenaan turut membantu jurufoto Media Selangor meneroka keupayaan teknologi fotografi terkini bagi menghasilkan imej dan kandungan visual yang lebih berkualiti sepanjang temasya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kamera Media Selangor, Hafiz Othman berkata penggunaan peralatan tersebut memberi nilai tambah kepada pasukan jurufoto dalam menghasilkan kandungan visual yang lebih profesional dan menarik untuk pelbagai platform penerbitan.

“Peralatan ini pastinya amat membantu sepanjang liputan SUKMA dalam menghasilkan kandungan yang lebih profesional serta memenuhi keperluan penerbitan platform digital.

“Kami juga berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan bagi projek-projek seterusnya,” katanya.

Kerjasama itu bukan sahaja menyokong persiapan teknikal liputan SUKMA, malah membuka ruang kepada Media Selangor untuk memperluas penggunaan teknologi dan peralatan fotografi yang dapat memenuhi tuntutan liputan sukan berintensiti tinggi.

Futuromic yang beroperasi sejak 1994 merupakan pembekal dan pengedar produk pengimejan, selain menyediakan peralatan serta kepakaran dalam bidang fotografi dan videografi.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.