SUKMA 2026: Selangor pesta gol benam Wilayah Persekutuan 7-0

12 Ogos 2026, 12:00 AM
SUKMA 2026: Selangor pesta gol benam Wilayah Persekutuan 7-0
SUKMA 2026: Selangor pesta gol benam Wilayah Persekutuan 7-0
SUKMA 2026: Selangor pesta gol benam Wilayah Persekutuan 7-0
SUKMA 2026: Selangor pesta gol benam Wilayah Persekutuan 7-0

GOMBAK, 12 OGOS: Selangor membelasah Wilayah Persekutuan 7-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A acara bola sepak wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium Selayang, malam tadi.

Selangor bermula garang dengan membuka jaringan seawal minit ke-7 menerusi pemain pertahanan, Eusvewana Kadius sebelum Nuratiqah Batrisya Mohd Rasib menambah gol kedua menerusi larian solo pada minit ke-25.

Pemain tengah, Tegen Su-Yin Butler pula meledak gol ketiga pada minit ke-45, sekali gus meletakkan Selangor selesa mendahului 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Selangor menambah derita lawan apabila giliran S. Thivashini menjaringkan gol keempat selepas memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan pintu gol Wilayah Persekutuan pada minit ke-56.

Pemain gantian, Nur Laila Syamila A Rahim tampil garang dengan meledak dua gol untuk pada minit ke-70 dan minit ke-78 menerusi jaringan penalti sebelum Zafirah Zulaikha Mohamad Zuhri melengkapkan malam bergaya Selangor dengan menjaringkan gol ketujuh pada minit ke-86.

Penolong Jurulatih, Felicia Adele Ng, berkata pihaknya tidak menjangkakan kemenangan dengan jaringan besar namun dia mendedikasikan kejayaan berkenaan kepada hasil kerja keras pemain dan semangat berpasukan para pemain.

"Keputusan malam ini adalah bonus kepada pemain kerana mereka bekerja keras dan membuktikan kemahuan mereka untuk menang," katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, Nur Laila menzahirkan rasa syukur kerana dapat meledak dua jaringan bagi membantu pasukannya meraih kemenangan besar.

"Alhamdulillah, syukur sangat walaupun bermula di bangku simpanan saya dapat buat yang terbaik untuk pasukan menang perlawanan pertama.

Mengulas aksi seterusnya, Nur Laila mengakui cabaran lebih sukar bakal menanti apabila berdepan Sabah, namun tetap yakin dengan keupayaan pasukannya.

"Sabah memang sukar, tapi kami akan memperbaiki lagi persembahan. Saya yakin kami boleh menang," katanya lagi.

Selangor dijadualkan menentang Sabah pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Selayang, 13 Ogos ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.