PKNS nafi dakwaan rugi, kedudukan kewangan kekal kukuh, terkawal

10 Ogos 2026, 11:00 AM

SHAH ALAM, 10 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan kenyataan media yang mendakwa perbadanan ini mencatat kerugian RM103.69 juta dan menanggung hutang sehingga RM6.1 bilion.

Dakwaan yang cuba menggambarkan PKNS seolah-olah berdepan masalah kewangan serius adalah tidak tepat, mengelirukan dan tidak mencerminkan kedudukan kewangan PKNS secara menyeluruh. Sebaliknya, penilaian bebas RAM Ratings mengesahkan kedudukan kewangan PKNS kekal kukuh dan terkawal. Malah, RAM Ratings masih mengekalkan penarafan AA1/Stable/P1 kepada PKNS.

Justeru, tindakan memetik angka kerugian dan jumlah hutang secara terasing tanpa menjelaskan struktur pembiayaan serta kedudukan kewangan PKNS secara keseluruhan hanya mencetuskan persepsi yang tidak mencerminkan fakta dan keadaan sebenar PKNS.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.