RM35,000 lesap, polis buru empat lelaki pecah rumah

9 Ogos 2026, 3:40 PM
RM35,000 lesap, polis buru empat lelaki pecah rumah

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah seorang wanita di Sungai Buloh, Selangor, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM35,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit hari ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan empat lelaki bertopeng yang mengakibatkan kerugian barangan kemas dan kehilangan beberapa dokumen penting," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shamie Yusop melalui talian 013-6463069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh 03-61561222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan keadaan rumah seorang wanita berselerak selepas dipercayai dipecah masuk, dengan wang tunai, telefon bimbit, barang kemas serta pasport didakwa hilang.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.