Festival Kebudayaan Orang Asli diperluas, Kuala Langat tuan rumah 2027

9 Ogos 2026, 11:01 AM
Festival Kebudayaan Orang Asli diperluas, Kuala Langat tuan rumah 2027
Festival Kebudayaan Orang Asli diperluas, Kuala Langat tuan rumah 2027
Festival Kebudayaan Orang Asli diperluas, Kuala Langat tuan rumah 2027
Festival Kebudayaan Orang Asli diperluas, Kuala Langat tuan rumah 2027

HULU SELANGOR, 9 OGOS: Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia akan diteruskan di Kuala Langat pada Ogos tahun depan dengan skala penganjuran lebih besar.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata festival itu dirancang sebagai acara tahunan yang diadakan secara bergilir membabitkan sembilan daerah di Selangor bagi mengangkat budaya dan warisan masyarakat Orang Asli.

“Tahun depan kita akan teruskan program ini di Kuala Langat. Saya mahu ia diadakan dengan lebih besar dan melibatkan penyertaan yang lebih ramai.

“Tahun lepas kita buat di Sepang. Tahun ini giliran Kuala Kubu Bharu (Hulu Selangor). Saya telah merancang untuk setiap tahun adakan festival ini. Tahun depan saya menjanjikan pelaksanaan program ini seperti ini atau skala lebih besar lagi,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berucap ketika Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu pada 9 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, penganjuran festival berkenaan bukan sekadar untuk masyarakat Orang Asli, sebaliknya menjadi platform menghargai kepelbagaian budaya dan memperkukuh hubungan antara komuniti.

Katanya, festival itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk larian santai, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan persembahan kebudayaan yang menghimpunkan komuniti Orang Asli dari pelbagai daerah di Selangor, sekali gus mengetengahkan keunikan budaya, adat resam dan warisan mereka kepada masyarakat umum.

“Setiap tahun kita akan menambah baik penganjuran festival ini supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat Orang Asli dan rakyat Selangor secara keseluruhannya.

“Kerajaan Negeri akan terus menggunakan platform festival itu untuk mempromosikan kebudayaan Orang Asli di samping menyampaikan pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan kepada komuniti berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Papparaidu berkata festival yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan itu berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 6 petang sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2026.

Persembahan istimewa Orang Asal di Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 pada 9 Ogos 2026 di Taman Tasik Milenium Kuala Kubu Bharu. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.