Usahawan PLATS cemerlang dirai pada Malam Anugerah Platform Selangor 2026

8 Ogos 2026, 1:21 AM
Usahawan PLATS cemerlang dirai pada Malam Anugerah Platform Selangor 2026

SUBANG, 8 OGOS: Usahawan Platform Selangor (PLATS) dirai menerusi Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) malam tadi.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari majlis itu bagi mengiktiraf pencapaian, dedikasi dan sumbangan usahawan.

Kali ketiga diadakan, ia hasil kerjasama strategik antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dianjurkan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau YMBI, beberapa anugerah diberikan bagi meraikan usahawan mikro yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Sebanyak 23 pengiktirafan disampaikan merangkumi sembilan kategori anugerah termasuk inovasi, pendigitalan, pembangunan komuniti, kepimpinan wanita dan belia serta penggunaan teknologi dalam perniagaan.

Anugerah Utama Usahawan Mikro Negeri Selangor diterima Norminah Syafrial pengasas Minah Satay, yang membawa pulang trofi serta hadiah keseluruhan bernilai RM20,000, iaitu RM5,000 wang tunai dan RM15,000 Dana Usahawan Madani Selangor.

Turut disampaikan pada malam berprestij itu ialah Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Muda, Anugerah Usahawan Mikro Revolusi Teknologi dan Anugerah Usahawan Mikro Wanita.

Turut diberi ialah Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, Anugerah Usahawan Cemerlang U-PLATS Digital, Anugerah Cemerlang U-PLATS Halal dan Anugerah Usahawan Cemerlang PLATS Biaya.

Selaras aspirasi Kerajaan Negeri memperkasa ekonomi rakyat, PLATS memainkan peranan sebagai platform strategik yang menghubungkan kerajaan, industri dan komuniti usahawan.

Kesemuanya membina ekosistem keusahawanan yang progresif, inklusif dan mampan, sekali gus memperluas peluang pertumbuhan, meningkatkan pendapatan usahawan dan menjana impak sosioekonomi yang berkekalan kepada Selangor.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.