PLATS sasar bimbing 150,000 PKS, perkasa usahawan Selangor

7 Ogos 2026, 1:28 PM
PLATS sasar bimbing 150,000 PKS, perkasa usahawan Selangor
PLATS sasar bimbing 150,000 PKS, perkasa usahawan Selangor
PLATS sasar bimbing 150,000 PKS, perkasa usahawan Selangor
PLATS sasar bimbing 150,000 PKS, perkasa usahawan Selangor

SHAH ALAM, 7 OGOS: Seramai 150,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor akan dibimbing menerusi Platform Selangor (PLATS) sebagai sebahagian usaha menyegarkan ekosistem keusahawanan negeri.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PLATS akan diletakkan sebagai program unggul keusahawanan Selangor dengan memberi tumpuan kepada latihan, kemahiran digital, pengurusan kewangan serta strategi pengembangan perniagaan.

"Bagi menyegarkan lagi ekosistem keusahawanan, PLATS akan diposisikan sebagai program unggul keusahawanan negeri dan menyasarkan 150,000 PKS di seluruh Selangor untuk terlibat menerima bimbingan, latihan, kemahiran digital, kemahiran pengurusan kewangan serta strategi pengembangan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS2) mesyuarat kedua persidangan penggal keempat Dewan Negeri Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor pada 7 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Selain PLATS, Amirudin berkata program bantuan usahawan seperti Program Usahawan Siswazah (GROW) dan DANA PLUS akan membantu memudahkan pembiayaan perniagaan serta akses pasaran bagi PKS.

"Bagi industri halal, program pembangunan kapasiti dan Hab Halal Selangor 2.0 pula akan dimanfaatkan bagi membantu syarikat PKS mengembangkan pasaran.

"Ini membolehkan lebih banyak syarikat tempatan menembusi pasaran ASEAN dan tidak hanya bergantung kepada permintaan domestik," katanya.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada Misi Keempat RS-2 yang memfokuskan pembangunan modal insan produktif dan inklusif serta memperkukuh kemampuan rakyat mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negeri.

RS-2 merupakan kerangka pembangunan Selangor bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang menggariskan enam misi merangkumi 25 bidang dan 98 inisiatif.

Rancangan lima tahun itu memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara daerah serta meningkatkan kualiti hidup rakyat berteraskan kehidupan wajar dan bermaruah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.