Projek WTE proses 2,400 tan sisa sehari, pacu agenda tenaga hijau Selangor

7 Ogos 2026, 8:54 AM
Projek WTE proses 2,400 tan sisa sehari, pacu agenda tenaga hijau Selangor
Projek WTE proses 2,400 tan sisa sehari, pacu agenda tenaga hijau Selangor
Projek WTE proses 2,400 tan sisa sehari, pacu agenda tenaga hijau Selangor
Projek WTE proses 2,400 tan sisa sehari, pacu agenda tenaga hijau Selangor

SHAH ALAM, 7 OGOS: Dua loji sisa kepada tenaga (WTE) di daerah Kuala Langat dan Gombak berupaya memproses sehingga 2,400 tan sisa sehari serta menjana 58 Megawatt (MW) tenaga elektrik, sekali gus mengurangkan kebergantungan Selangor kepada tapak pelupusan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu menjadi antara penyelesaian strategik Kerajaan Negeri dalam menangani isu pengurusan sisa, selain memperluas penggunaan tenaga boleh baharu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) ketika persidangan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 7 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

“Projek infrastruktur WTE di dua loji WTE utama di Tanjung Dua Belas (Kuala Langat) dan Sultan Idris Shah Green Energy (SISGE) di Rawang akan memproses 2,400 tan sisa sehari dan menjana 58 MW elektrik.

“Ini adalah penyelesaian yang mengatasi dua cabaran sekali gus iaitu mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan dan menjana tenaga boleh baharu,” katanya ketika membentangkan Usul RS-2 pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Dalam usaha memperkukuh ekonomi kitaran, Amirudin berkata Selangor turut memperluas Selangor Agenda for Green Economy (SAGE) dan inisiatif Bandar Rendah Karbon bagi mempercepatkan peralihan kepada teknologi hijau.

Katanya, program kitar semula dan ekonomi kitaran turut diperkukuh menerusi SELKitar serta pembangunan Kemudahan Pemulihan Material (MRCF) di setiap daerah.

“Melalui pembangunan MRCF di setiap daerah dan projek infrastruktur kitar semula KRIS oleh KDEB, inisiatif ini mengukuhkan rangkaian fizikal kitar semula Selangor dari hujung ke hujung bagi meningkatkan kebolehcapaian awam, mempercepatkan pengalihan sisa dari tapak pelupusan dan menyokong sasaran ekonomi kitaran negeri.

“Kerajaan Negeri turut meneroka kebolehlaksanaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan portfolio tenaga Selangor untuk jangka panjang, mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar yang terdedah kepada gangguan geopolitik,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) meninjau operasi di Loji Waste-to-Energy (WTE) Jeram, Kuala Selangor pada 25 Mei 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Agenda berkenaan merupakan sebahagian daripada Misi Lima: Negeri Lestari, Berdaya Tahan dan Strategik dalam RS-2 yang menggariskan 14 inisiatif bagi memperkukuh pengurusan alam sekitar dan daya tahan iklim.

Maklumat berkaitan RS-2 boleh dimuat turun melalui pautan ini atau ini.

Misi itu memberi tumpuan kepada lima bidang keutamaan iaitu ketahanan iklim dan pengurusan bencana; pemeliharaan dan biodiversiti; teknologi hijau dan bandar rendah karbon; pengurusan sisa dan ekonomi kitaran serta keterjaminan air.

Bagi bidang pengurusan sisa dan ekonomi kitaran, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memodenkan infrastruktur kitar semula, memperkukuh tadbir urus data sisa serta menyepadukan aktiviti kitar semula tidak formal ke dalam sistem formal.

Usaha itu bertujuan membangunkan ekonomi kitaran seluruh negeri dengan mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan, memulihkan lebih banyak nilai daripada sisa dan menyokong pertumbuhan industri hijau.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.