Kesejahteraan rakyat jadi teras setiap dasar Selangor - MB

24 Okt 2026, 3:00 AM
Kesejahteraan rakyat jadi teras setiap dasar Selangor - MB

SUBANG JAYA, 23 OKT: Setiap dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dirangka dengan mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan rakyat, bukan sekadar untuk memudahkan urusan pentadbiran, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata prinsip itu diterapkan menerusi pelbagai inisiatif negeri termasuk Speed Selangor dan Dasar 100 Hari yang dilaksanakan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) sebelum diperkukuh dalam RS-2, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan memenuhi keperluan rakyat.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan dasar dan perkhidmatan kerajaan mengambil kira keperluan masyarakat Selangor yang berbilang kaum.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Apresiasi Metamorfosis Selangor2026 di Hilton Shah Alam Glenmarie pada 23 Oktober 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Jadi bagaimana kita kena bertindak, kita selesaikan masalah. Bagaimana kita nak jelaskan dan ambil langkah-langkah penyelesaian? Jadi Kita harus manfaatkan bersama-sama.

“Begitu juga piagam pelanggan. Ia bukan garis panduan sahaja tetapi pelanggan yang kita berurusan perlu fahaminya. Ini penting untuk kita berkomunikasi. Kita tahu kemampuan, keupayaan dan pelanggan kita faham.

“Ini titik kesejahteraan rakyat. Kita cuba yang termampu, lakukan sehabis baik untuk puaskan hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Metamorfosis Selangor 2026 sempena Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) di Hotel Hilton Shah Alam Glenmarie, malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (kiri) dan EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah melakukan gimik perasmian Majlis Apresiasi Metamorfosis Selangor 2026 di Hilton Shah Alam Glenmarie pada 23 Oktober 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan perlu terus menyesuaikan pendekatan penyampaian perkhidmatan berikutan cabaran dunia yang semakin kompleks, termasuk perubahan iklim, perkembangan kecerdasan buatan (AI), ketidaktentuan ekonomi dan kemajuan teknologi.

Katanya, perubahan persekitaran itu menuntut kerajaan bertindak lebih tangkas, memahami keperluan rakyat dan mencari penyelesaian yang berkesan.

“Kita perlu bertindak dengan lebih tangkas, memahami keperluan rakyat dan mencari penyelesaian yang berkesan. Dalam keadaan dunia berubah, penyampaian perkhidmatan juga perlu berubah dan terus ditambah baik,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Anugerah Inovasi Selangor 2026 ketika Majlis Apresiasi Metamorfosis Selangor 2026 di Hilton Shah Alam Glenmarie pada 23 Oktober 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.