RS-2 perkasa pembangunan semua daerah Selangor melalui 10 inisiatif

7 Ogos 2026, 8:18 AM
RS-2 perkasa pembangunan semua daerah Selangor melalui 10 inisiatif
RS-2 perkasa pembangunan semua daerah Selangor melalui 10 inisiatif
RS-2 perkasa pembangunan semua daerah Selangor melalui 10 inisiatif

SHAH ALAM, 7 OGOS: Rancangan Selangor Kedua (RS-2) memperluas prinsip 'no one left behind' menerusi pembangunan seimbang merentasi daerah yang dilaksanakan dibawah 10 inisiatif.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembangunan di wilayah utara Selangor akan diteruskan melalui Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang akan digerakkan dengan lebih pantas.

“SABDA yang bertujuan mengintegrasikan sektor pertanian serta eko-pelancongan di pantai barat Selangor akan digerakkan secara lebih pantas.

“Beberapa usaha seperti Selangor Biosphere Reseve serta pusat pendaratan makanan laut di Sekinchan termasuk Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Air Manis akan menjadi asas bagi menyegarkan kawasan utara Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul RS-2 yang bertemakan 'Memimpin Pertumbuhan, Memacu Kemakmuran, Menerajui Asean' pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Maklumat berkaitan RS-2 boleh dimuat turun melalui pautan ini atau ini.

Amirudin berkata, rancangan Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) bakal menyaksikan lima projek utama bagi memacu pertumbuhan dua daerah iaitu Sepang dan Kuala Langat.

Lima projek utama itu adalah Amverton Cove Eco-Integrated seluas 1,500 ekar, Sepang Gold Coast Global Village seluas 850 ekar, Hab AgTech dan Sains Hayat Bersepadu bagi penyelidikan agro dan keselamatan makanan, Able Global Complex serta NCT Smart Industrial Park.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan pembangunan semula Kampung Fajar dan menaiktaraf Taman Rekreasi Mangrove Point di Sungai Klang menerusi Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE-SMG).

“Selain itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui anak syarikat berkenaan pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey supaya kerja perancangan awal berhubung konsep, kaedah, serta hala tuju berupaya meningkatkan posisi Selangor ke tahap lebih tinggi.

“Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) turut dihasratkan untuk menjadi mercu tanda sukan di Selangor dan sukan permotoran di Sepang serta Litar Rakyat Kuala Selangor yang akan diperkemas bagi aktiviti permotoran,” katanya.

RS-2 yang merangkumi rancangan hala tuju pembangunan Selangor hingga 2030 melibatkan enam misi utama yang membabitkan 25 bidang bagi menggerakkan 98 inisiatif.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.