Warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke Sungai Melaka

6 Ogos 2026, 7:33 AM
Warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke Sungai Melaka

MELAKA, 6 OGOS: Lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran sebuah hotel di Kota Laksamana di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata mangsa berusia 70-an itu ditemukan pada 11.45 pagi oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil panggilan kecemasan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka pada 5.35 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafidzatullah berkata sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi dilaksanakan bersama-sama polis dengan bantuan kamera litar tertutup di kawasan terdekat.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.