ABIM teruskan perjuangan mahasiswa, dakwah berjati diri islamiah - Anwar

6 Ogos 2026, 7:13 AM
ABIM teruskan perjuangan mahasiswa, dakwah berjati diri islamiah - Anwar

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai pelanjut perjuangan mahasiswa dan dakwah yang mempunyai jati diri harakah Islamiah sejak penubuhannya pada 6 Ogos 1971.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata usia 55 tahun bukan sekadar menggambarkan tempoh penubuhan ABIM, sebaliknya melambangkan garisan perjuangan yang ditulis dengan pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.

Anwar, yang juga bekas Presiden ABIM, berkata suara dakwah dibawa ABIM bukan hanya suara di mimbar, malah menjadi denyut menghidupkan umat, menyantuni mustadh'afin, mendidik generasi, mengangkat martabat insan dan menyalakan obor perjuangan di tengah zaman yang sering gelap oleh kekeliruan.

“Semoga pada usia ke-55 ini, ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, akarnya kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-55 ABIM,” kata beliau.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.