Kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas di Pantai Kuala Kerteh

5 Ogos 2026, 2:30 PM
Kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas di Pantai Kuala Kerteh

CHUKAI, 5 OGOS: Kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata mangsa Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh dekat sini ditemukan lemas oleh orang awam yang turut membantu operasi pencarian mangsa pada 5.43 petang.

Beliau berkata mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat bermain pasir di gigi air sebelum disedari hilang.

“Seramai lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.

“Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mokhtar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.