Dua cedera dihempap struktur konkrit runtuh di Lebuh Armenian

4 Ogos 2026, 7:15 AM
Dua cedera dihempap struktur konkrit runtuh di Lebuh Armenian

SHAH ALAM, 4 OGOS: Dua individu dipercayai cedera selepas dihempap struktur konkrit yang runtuh dari bahagian hadapan sebuah bangunan di Lebuh Armenian, di Georgetown, Pulau Pinang tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dilaporkan dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui.

Lebuh Armenian yang terletak di tengah-tengah kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Georgetown merupakan antara destinasi pelancongan utama di Pulau Pinang.

Kawasan bersejarah itu terkenal dengan seni jalanan, bangunan warisan serta nilai sejarahnya, termasuk pernah menjadi lokasi Persidangan Pulau Pinang yang dikaitkan dengan tokoh revolusi China, Sun Yat-sen, sebelum kejatuhan Dinasti Qing pada 1911.

Selain mural ikonik Children on a Bicycle hasil karya Ernest Zacharevic, Lebuh Armenian turut menempatkan rumah persatuan klan Cina, muzium dan deretan rumah kedai warisan yang menjadi tarikan pengunjung tempatan serta antarabangsa.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.