PRN Negeri Sembilan: Pengundian tamat, keputusan dijangka seawal 10 malam

1 Ogos 2026, 10:20 AM
PRN Negeri Sembilan: Pengundian tamat, keputusan dijangka seawal 10 malam

SEREMBAN, 1 OGOS: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 berakhir secara rasmi selepas kesemua 401 pusat mengundi di seluruh negeri ditutup tepat 6 petang ini.

Setakat 4 petang ini, sebanyak 65.38 peratus atau lebih 562,133 orang daripada keseluruhan 859,760 pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN kali ini mampu mencecah hingga 72 hingga 75 peratus, dengan keputusan awal dijangka diperoleh seawal 10 malam ini.

Kini, tumpuan seluruh negara pastinya terarah kepada keputusan 103 calon bertanding yang berjaya mendapat mandat rakyat.

Dalam pada itu, bagi memastikan ketelusan proses demokrasi, pembukaan sampul undi pos telah bermula dan disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook rasmi SPR.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN, dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.