Keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan: BN 18 kerusi, HARAPAN 11, PN tujuh

1 Ogos 2026, 4:16 PM
Keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan: BN 18 kerusi, HARAPAN 11, PN tujuh

SHAH ALAM, 1 OGOS: Barisan Nasional (BN) memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pakatan Harapan (HARAPAN) pula memperoleh 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi.

Keputusan itu menyaksikan BN muncul parti dengan jumlah kerusi terbanyak, diikuti HARAPAN dan PN.

SPR turut memaklumkan daripada keseluruhan 889,490 pemilih berdaftar, seramai 646,084 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka, menjadikan peratus keluar mengundi sebanyak 72.64 peratus.

Daripada jumlah pemilih berdaftar itu, 867,151 ialah pengundi biasa, 5,455 pengundi awal polis dan 16,884 pengundi awal tentera.

SPR turut merekodkan sebanyak 7,064 kertas undi ditolak, manakala 643 kertas undi tidak dikembalikan.

Pada PRN kali ini, HARAPAN bertanding di semua 36 kerusi DUN, BN di 25 kerusi, manakala PN meletakkan calon di 11 kerusi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.