PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari

1 Ogos 2026, 6:43 AM
PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari
PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari
PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari
PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari
PRN Negeri Sembilan: Keluar mengundi cecah 44.67 peratus setakat 1 tengah hari

SHAH ALAM, 1 OGOS: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mencecah 44.67 peratus setakat jam 1 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR memaklumkan daripada 859,760 pengundi berdaftar, seramai 384,096 telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan SPR, Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 51.6 peratus, diikuti Seri Menanti (51.4 peratus) dan Kota (50.6 peratus).

Sementara itu, Mambau mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah sebanyak 39.1 peratus, diikuti Lukut (38.4 peratus) dan Lobak (38.2 peratus).

Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan 2023, peratusan keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari ialah 42.63 peratus, melibatkan 357,321 daripada 838,200 pengundi berdaftar.

Petugas SPR membantu seorang pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sebuah pusat mengundi hari ini.

Sebagai rekod, sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Seramai 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan kerajaan negeri untuk penggal akan datang.

Proses pengundian dijadualkan berlangsung hingga 6 petang ini, dengan pusat mengundi melibatkan sekolah, balai raya, dewan dan kolej.

SPR menyasarkan 72 hingga 75 peratus pemilih menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, manakala keputusan awal dijangka diumumkan seawal 10 malam dan keputusan penuh sebelum tengah malam.

Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 28 Julai lepas, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus ditetapkan SPR.

Suasana di sebuah pusat mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini. Foto Bernama

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.