Program Infak Kitar Semula semarak budaya lestari melalui institusi masjid

1 Ogos 2026, 7:34 AM
Program Infak Kitar Semula semarak budaya lestari melalui institusi masjid
Program Infak Kitar Semula semarak budaya lestari melalui institusi masjid
Program Infak Kitar Semula semarak budaya lestari melalui institusi masjid

KAJANG, 1 OGOS: Program Infak Kitar Semula di Masjid Teras Jernang di sini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat menerusi pendekatan yang menggabungkan nilai kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari dan Pelaksana Projek KDEB Waste Management (KDEBWM), Dr Ahadi Mohd Nasir berkata, inisiatif menjadikan masjid sebagai pusat pengumpulan bahan kitar semula merupakan pendekatan kreatif yang boleh diperluaskan ke lebih banyak lokasi.

Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari dan Pelaksana Projek KDEB Waste Management (KDEBWM), Dr Ahadi Mohd Nasir

"Kita berharap usaha seperti ini dapat diperluaskan ke masjid-masjid lain bagi menyemarakkan budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat.

"Selama ini pusat pengumpulan bahan kitar semula sudah menjadi perkara biasa, tetapi apabila dibawa ke masjid, ia memberi dimensi baharu kerana masjid bukan sekadar tempat beribadah, malah boleh berfungsi sebagai hab yang menggalakkan amalan kelestarian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Infaq Kitar Semula anjuran bersama KDEBWM, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Trash4Cash dan Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Dr Ahadi berkata, program seumpama itu juga mampu meningkatkan kesedaran masyarakat memandangkan kadar kitar semula negara ketika ini berada pada 38 peratus berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.