Berpura-pura Menjadi Encik Ripley

1 Ogos 2026, 12:30 AM
Berpura-pura Menjadi Encik Ripley

Oleh Muhammad Fadzli

Ilustrasi Muizzah

apakah pertanyaan membezakan kita lebih dari jawapan

kalau engkau bertanya, apakah kita kecewa dengan pilihan ini

engkau pasti kita akan temukan jawapan dalam perbualan?

wajahku hanya akan menyeretkan sengih dan tawa

engkau jengkel, menuduhku bermain-main dengan kata

sepilihan jawapan darimu dan aku tetap ingin berdiam

aku mahu berpura-pura engkau tidak pernah bertanya

dan jawapan tidak perlu menoktahkan pergaulan kita

kita kekal pada kata-kata nihil tanpa tanda soal

jika pertanyaan menggariskan beberapa pilihan

perlukah kita berbahas menentang perbezaan?

jika engkau bertanya akan jawapanku

aku akan berpura-pura tahu dan tidak tahu

boleh jadi aku tidak tahu, tapi aku berpura tahu

dan begitulah sebaliknya

jika engkau menyoal kepuraanku

aku akan menyusun angka dan menulis sajak

engkau pun berpura-pura tidak ingin berbalas soalan lagi

aku tahu engkau masih menjeling apa mataku catat.


Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.