RM4.28 juta naik taraf Stadium Hoki MBPJ, penuhi piawaian antarabangsa

31 Jul 2026, 12:00 PM
RM4.28 juta naik taraf Stadium Hoki MBPJ, penuhi piawaian antarabangsa
RM4.28 juta naik taraf Stadium Hoki MBPJ, penuhi piawaian antarabangsa
RM4.28 juta naik taraf Stadium Hoki MBPJ, penuhi piawaian antarabangsa

SHAH ALAM, 31 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM4.28 juta bagi menaik taraf Stadium Hoki MBPJ sebagai persiapan menjadi venue acara hoki wanita sempena Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohamad Zahri Samingon berkata projek itu merangkumi pemasangan padang ‘artificial turf’ baharu yang memenuhi piawaian antarabangsa selepas stadium berkenaan memperoleh pensijilan Kategori 1 daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Katanya, sistem lampu limpah stadium turut dipertingkatkan dengan tahap pencahayaan sehingga 2,400 lux bagi memenuhi keperluan penganjuran kejohanan bertaraf tinggi.

"Selain itu, MBPJ turut menaik taraf bilik persalinan atlet, papan tanda, surau serta membina stor baharu bagi meningkatkan keselesaan pemain dan pegawai," katanya kepada Media Selangor.

Mohamad Zahri berkata kemudahan parkir juga ditambah dengan penyediaan 20 petak parkir kereta dan 20 petak parkir motosikal bagi menampung keperluan pengunjung.

Beliau berkata stadium yang mampu menampung sehingga 500 penonton itu turut dihiasi mural interaktif yang memaparkan wajah legenda hoki negara serta sejarah Piala Datuk Bandar sebagai penghargaan terhadap perkembangan sukan berkenaan.

Menurutnya, projek itu membuktikan komitmen MBPJ dalam menyokong pembangunan sukan negara.

"Saya berharap usaha ini menjadikan Stadium Hoki MBPJ sebagai mercu kebanggaan sukan di Petaling Jaya," ujarnya.

SUKMA edisi ke-22 akan mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan di sembilan daerah, membabitkan 52 venue di seluruh Selangor sepanjang temasya berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos.

Sementara itu, Para SUKMA akan berlangsung dari 5 hingga 14 September melibatkan 369 acara daripada 10 jenis sukan, iaitu renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia dan powerlifting.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.