Sultan, Tengku Permaisuri zahir tahniah kontinjen Selangor juara SUKMA, Para SUKMA 2026

11 Sep 2026, 12:00 PM

SHAH ALAM, 11 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Selangor atas kejayaan menjuarai pungutan pingat emas keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2026.

Kontinjen Selangor mencipta pencapaian membanggakan pada SUKMA kali ini apabila meraih 101 pingat emas daripada keseluruhan 245 pingat.

Kecemerlangan sama turut dipamerkan kontinjen Para SUKMA Selangor yang berjaya mengumpul 93 pingat emas dengan jumlah keseluruhan 200 pingat.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah Baginda kagum dan berbangga dengan pencapaian bersejarah kedua-dua kontinjen yang berjaya mengangkat martabat sukan negeri Selangor.

"Baginda amat kagum dan berbangga dengan pencapaian bersejarah ini yang mencerminkan semangat juang tinggi, disiplin, ketekunan serta komitmen luar biasa atlet dalam mengangkat martabat sukan negeri Selangor," menurut hantaran itu.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan pengurus pasukan yang memainkan peranan penting dalam membantu atlet mencapai kejayaan tersebut.

Penghargaan sama turut diberikan kepada keluarga atlet serta semua pihak yang memberikan sokongan berterusan sehingga membolehkan kejayaan membanggakan itu dicapai.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor berharap semua atlet dan jurulatih tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diraih.

Sebaliknya, Baginda mahu mereka terus berusaha meningkatkan prestasi serta berjuang untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi termasuk di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Baginda turut mendoakan agar atlet Selangor terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan sekali gus mengharumkan nama negeri Selangor serta Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.