113 pelarian dipindah ke tiga negeri selepas ditempatkan di IPK

29 Jul 2026, 6:18 AM
113 pelarian dipindah ke tiga negeri selepas ditempatkan di IPK

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Kesemua 113 pelarian yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri ditetapkan pertubukan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pergerakan keluar pelarian terbabit melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di situ.

“Proses dimulakan dengan pengecaman semula pemilik dokumen dan mereka dilepaskan secara bergilir melalui Pintu Utama IPK Kuala Lumpur. Majoriti pelarian terbabit menggunakan khidmat e-hailing ke destinasi dituju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata daripada jumlah itu, sebanyak 66 pelarian ke Kuala Lumpur, Selangor (29 orang) dan Pulau Pinang (18 orang).

Beliau berkata semasa berada di IPK Kuala Lumpur, tujuh wakil Malaysian Relief Agency (MRA) telah hadir bagi menyampaikan sumbangan makanan tengah hari dan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pelarian itu.

Kumpulan itu tiba di ibu negara pada awal pagi Isnin dengan menaiki tiga bas selepas diusir oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang, sebelum mendirikan khemah dan menjadikan kawasan di hadapan pejabat UNHCR sebagai penempatan sementara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.