Suspek pecah rumah meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat

29 Jul 2026, 1:16 AM
Suspek pecah rumah meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat

IPOH, 29 JULAI: Lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Building Society, Taman Star di sini, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi apabila dua suspek memasuki rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil, sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.

“Seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri, manakala seorang lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian ialah masalah saluran jantung tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan masih diteruskan, termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.