TEHRAN, 27 JULAI: Serangan udara Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur bekalan air di selatan Iran, dengan pihak berkuasa melaporkan 18 kemudahan termasuk loji penyahgaraman air laut mengalami kerosakan, menurut agensi berita Iran Fars seperti dipetik oleh Agensi Berita Jerman (dpa).
Fars melaporkan pada Isnin bahawa 10 daripada loji itu musnah sepenuhnya akibat serangan udara berkenaan, memetik seorang pegawai dari wilayah Hormozgan.
Menurut laporan itu, sebuah loji penyahgaraman air laut di Pulau Qeshm tidak lagi beroperasi selepas menjadi sasaran pada permulaan peningkatan ketegangan terbaru pada awal Julai, sekali gus menjejaskan bekalan air kepada kira-kira 120,000 penduduk.
Kerosakan terhadap infrastruktur air itu memberi kesan besar kepada penduduk awam di selatan Iran.
Wilayah itu mengalami kemarau teruk ketika musim panas selama beberapa tahun, dengan suhu siang hari sering melebihi 40 darjah Celsius.







