Ketegangan Iran-AS memuncak, Bahrain keluar amaran serangan udara

19 Jul 2026, 10:34 AM
Ketegangan Iran-AS memuncak, Bahrain keluar amaran serangan udara

ISTANBUL, 19 JULAI: Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Bahrain pada Ahad ketika Iran terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap negara-negara Teluk di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya "bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat."

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak minggu lepas apabila AS melancarkan serangan terhadap Iran dan Tehran bertindak balas dengan menyerang kemudahan serta pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara serantau, termasuk Bahrain.

Washington dan Tehran terus berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman (MoU) hasil pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.