WASHINGTON, 25 JULAI: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menyerang sebuah kapal tangki yang cuba menuju ke pelabuhan Iran di Teluk, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM).
Jurucakap CENTCOM Tim Hawkins berkata kapal tangki itu “dilumpuhkan” selepas sekurang-kurangnya empat kali cuba melepasi sekatan.
“Anak kapal telah diberi amaran berulang kali tetapi gagal mematuhinya, menyebabkan tentera AS melumpuhkan kapal itu selepas melepaskan tembakan ke arah bilik enjin.
“Kapal itu kini tidak lagi menuju ke Iran,” katanya.
AS menyambung semula sekatan terhadap kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan serta kawasan pesisir Iran pada awal bulan ini.
Washington sebelum ini mengenakan sekatan laut mulai pertengahan April ketika perang Iran, sebelum menarik balik langkah itu pada pertengahan Jun sebagai sebahagian daripada perjanjian rangka kerja dengan Tehran.
-- BERNAMA-dpa







