Kebakaran hutan Puncak Alam berjaya dipadam, operasi tamat

27 Jul 2026, 8:53 AM
Kebakaran hutan Puncak Alam berjaya dipadam, operasi tamat

SHAH ALAM, 27 JULAI: Operasi pemadaman kebakaran hutan di kawasan berbukit di Bandar Puncak Alam dekat sini berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.30 tengah hari sebelum ditamatkan pada 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata kebakaran itu melibatkan kawasan berbukit seluas kira-kira 4.45 hektar (11 ekar).

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, BBP Bukit Jelutong serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama.

“BBP Bestari Jaya menjalankan pemadaman di kawasan bukit berhampiran padang bola sebuah sekolah, BBP Bukit Jelutong di kawasan bukit berhampiran kawasan perumahan dan PBS Saujana Utama pula di kawasan bukit di tepi sekolah berhampiran kawasan perumahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata selepas api berjaya dipadamkan, anggota bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula sebelum operasi ditamatkan.

Beliau berkata dua sekolah berhampiran lokasi kejadian, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Puncak Alam ditutup sementara sepanjang operasi pemadaman dijalankan atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.